01
RENUNGAN
Escrito por ProphetNukilan ini hanya sekadar Renungan dari pendapat saya sendiri dan nasihat dari para guru dari pengalaman selama penimbaan Ilmu dalam masa yang agak lama, selama 28 tahun dalam bidang Mistik, Metafizik dan Minda. Jadi ianya bukan untuk cabar mencabar atau berbahas mengenai nya, cuma untuk renungan bersama, jika ianya tak masuk akal, maka lupakan sahaja dan jika ianya memberi pengajaran, maka buat lah tauladan. Dari ketiga ketogari Ilmuan yang pernah saya tuntuti selama sekian lama, semua nya sependapat walaupun ianya di alirkan dalam bentuk tajuk yang berlainan. Salah satu yang utama nya adalah SUMPAH BERGURU. Ia itu, : JANGAN LAWAN IBU BAPA GURU dan RAJA. Dari ajaran yang saya terima dan juga dari logik pemikiran saya, makna nya serta maksud nya amat jelas….Keempat perkara itu jika di fikirkan adalah mengarah ke satu maksud: IBU, BAPA, GURU dan RAJA adalah GURU kita yang sebenar nya, pada . Sumpah ini juga adalah POSITIF atau memberi TENAGA POSITIF, dimana apa yang IBU kita katakan adalah POSITIF kepada kita, tujuan kebaikan, nasihat dan kata nya adalah panduan yang benar untuk kebaikan kita juga, jika di fikir serta di renungkan betul-betul pasti ada kebenaran nya. Tetapi…sifat manusia adalah berlawanan. Dia pasti membantah dalam hati walaupun apa yang di suruh dia buat, cuma mahu ambil hati, tak iklas…buat kerana hanya ingin dilihat seperti tak melawan atau tak mahu title DERHAKA sahaja…iklas tak ada…ini tidak hairan kerana manusia selalu nya ikut nafsu…Cuba kita lawan ajaran Ibu kita, dia ajar kita berjalan kehadapan, kita lawan, kita jalan undur…bagaimana?, Orang cina di ajar oleh ibu mereka menggunakan Kayu “CHOPSTICK”, suruh mereka makan dengan tangan…bagaimana?…renungkan lah…
Begitu juga dengan menuntut ilmu…sesaorang yang menuntut sesuatu ilmu dari seorang guru akan mengikut kata guru nya, maka apa yang di buat akan mustajab kerana pada ketika itu dia tidak melawan kata guru nya. Itu yang dikata MAKBUL KATA GURU, MUSTAJAB PADA DIRI KU…..Guru dah makbul, dimana apa yang dia lakukan terjadi, jadi kita sebagai murid nya pasti mustajab jika MENGIKUT KATA GURU…Apa yang saya ingin perkatakan di sini…jika mahu belajar, cari lah guru yang berjalur, erti nya, guru tersebut mempunyai Guru nya dan gurunya mempunyai guru di atas nya hingga beberapa keturunan. BUKAN guru yang dapat ilmu dari membaca buku atau yang mendengar secara teori sahaja…kemuddian mula mengajar….penijazahan adalah penting, seorang guru memberi ijazah pada anak murid nya…ertikata secara batin adalah…guru itu telah menerima kita masuk ke TOMBOL nya atau jalur nya…maka sekelian guru di atas nya mengenali kita sebagai jalur nya maka itu dinamakan RIJALUR GHAIB…DISINI sahaja ramai antara kita mula mempertikaikan maksud yang dinamakan RIJALUR GHAIB ini. Biar saya terangkan secara terperinci mengenai RIJALUR GHAIB ini….Penerangan ini tak semesti nya benar atau betul, ini adalah pendapat saya dan pendapat Guru saya yang ada kebenaran nya pada pemikiran saya. Bak kata orang, Lain orang lain pendapat nya.Â
Secara am nya boleh di pecahkan seperti berikut: Kita yang hidup ini ZAHIR, erti nya Ujud atau nampak fizikal nya. Maka kita belajar pada yang zahir iaitu guru zahir, guru akan mengajar kita cara yang zahir seperti ritual tertentu, ayat tertentu atau cara tertentu…diatas guru mesti ada guru mungkin masih hidup atau sudah kembali ke Rahmatullah….guru-guru ini lah yang dinamakan GURU RIJALUR GHAIB….sudah tiada pada penglihatan zahir, yang sudah meninggal…Apabila Guru Zahir mengijazahkan sesuatu ilmu kepada kita, maka ia memperkenalkan kita kepada jalur nya…serta memberi kita User ID dan Password untuk mengekses kepada keilmuan yang kita pelajari dari dia, kita pun menggunakan apa yang di ajarkan dan pasti jadi atau makbul kerana kita menggunakan user ID dan Pasword yang betul, Dari segi batin, maka para guru rijaul ghaib pun datang menolong mengajar secara ghaib. ..seperti mana jika kita mengikut sunnah dan ajaran Rasullullah, maka kita dapat hidayah dan manafaat nya….Jadi dari guru kita dapatkan yang Positif…maka tenaga positif akan menyelubungi kita..maka itu apa yang guru boleh buat maka kita pun boleh lakukan….
Dalam mempelajari apa – apa ilmu seakali pun, walau pun ilmu akedemik mahupun ilmu Tradisi adalah sama konsep nya…Mesti melalui ujian tertentu atau peperiksaan…kadangkala ujian nya kita tempohi dengan mudah dan adakala nya lama dan sangat menyusahkan…PASTI ada ujian…sewaktu kita sekolah pun, mesti kita tempuhi ujian baru dapat sijil, di penuntutan ilmu, biasa nya tempoh matang ilmu adalah sampai tiga tahun sama seperti di universiti, maka dalam tempuh tersebut kita PASTI menempuh ujian demi ujian. Contoh nya kita kena deman panas…diujian ini lah baru kita tahu macamana deman panas itu di rasakan dan cara pengubatan pun akan dijar kepada kita melalui ghaib, atau kita dapat ilham bagaimana kita boleh mengatasi nya atau dari petujuk orang lain. Biasa nya kita akan mengeluh dan berpresapsi macam macam…kita melawan dalam hati…maka ujian kita gagal…dan ujian lain pun tiba…kalau nak kaya …ujian nya mesti kita sampai tak ada duit sesen pun dalam poket atau perniagaan kita merosot dan sebagai nya…baru lah di anugerahkan wang yang banyak jika kita tempuhi saat ujian nya dengan tabah…jika kita mengeluh, memang lah bertambah susah…kerana ujian di lanjutkan sehingga kita benar-benar sabar dan tabah…kata perpatah Inggeris : “NO PAIN NO GAIN”…TAK SUSAH MANA NAK SENANG…..?????
Sifat manusia adalah susah menghadapi ujian ini, anasir luar akan mula mengoda, susah lah, ilmu tak betul lah, ajaran sesat lah dan sebagai nya…maka ujian kita gagal…jika kita ikut godaan anasir nagetif ini?…maka gagal lah kita di persada Positif dan masuk kita ke gulungan Negetif….INGAT!…cara dan kaedah nya sama, malah yang Nagetif lebih power lagi kerana mahu mengoda kita agar mengikut ajaran nya…semua nya merasakan sama…cuma rasa tenaga sahaja dapat membezakan nya. Jika anda seorang yang arif mengenai tenaga, anda dapat merasa perbezaan nya.
Saya sering berpesan pada student saya supaya SABAR menempuhi ujian-ujian ini, Sabar adalah separuh daripada iman, dengan bersabar sahaja kita sudah lulus, saya pun sendiri tak tahu apa kah bentuk ujian yang akan di terima, sama lah seperti di peperiksaan PMR, guru sekolah itu pun tak tahu apa soalan nya….
Lawan guru: Sememang nya anak murid akan lebih bagus dari guru nya, tapi ingat..sebagus mana pun kita, asal nya dari guru itu juga…kalau dia tak ajar, kita apa pun tak tahu…dan yang selalu amat cuai perbuatan anak murid adalah tidak BERHALUS…ertikata tak minta izin dari guru jika mahu berlajar di tempat lain, kerana keizinan nya amat penting dari segi kebatinan / spiritual…seperti yang telah saya terangkan di atas tadi..guru itu berjalur…apabila kita membelakangi guru zahir ini bermakna kita membelakangi guru-guru rijalur ghaib…apabila yang positif undur maka yang NEGETIF kedepan kerana sifat nya mahu mengoda kita ke jalan Negatif juga seperti sumpah nya kepada tuhan, dengan apa cara sekali pun, ia tetap mahu menyesatkan anak adam….. Tenaga Nagetif mengambil alih dan cara nya pada permulaan adalah sama dan pada akhir nya…TERPESONG, kita merasakan kita lebih baik dan lebih bagus, tapi tahu tak yang menolong kita tu siapa, sekarang ia menolong, nanti kemuddian hari?…. bila orang tahu yang dia menggunakan Tenaga yang Nagetif maka sang guru juga akan di persalahkan, Guru ajar ilmu salah…..SEDAR kah dia bahawa dia telah membelakangi guru nya? Renung kan lah..sendiri. Walau pun kadang kala Guru menyuruh buat perkara yang tak masuk akal, tapi tahu kah kita bahawa yang di suruh nya mempunyai hikmah tertentu…contoh nya: Apabila sesarang ingin mempelajari Keilmuan Sufi…sebelum ianya di terima masuk belajar, dia di suruh berbogel ramai-ramai beserta dengan pelajar wanita?…sebab apa?…ujian pertama nya adalah TAHAN NAFSU…di peringkat pengajian kesufian ini, menahan Nafsu adalah amat penting, jika nafsu tak boleh di tahan, macam mana dengan godaan iblis (Tenaga Negatif). Ilmu sufi adalah Ilmu Rahsia Ketuhanan.
Balasan Tuhan: Ini pun sering salah faham timbul. Tuhan tidak membalas sebab Hasma Al husna nya mengatakan Tuhan yang maha pemaaf, Maha menyayangi..Maka tuhan tidak membalas walaupun seringkali kita kata, nanti tuhan akan balas…yang membalas adalah KARMA…jadi apa itu KARMA? KARMA adalah undang yang telah ditetapkan…Yaitu: BUAT BAIK BALAS BAIK, BUAT JAHAT BALAS JAHAT. TIDAK BERKIRA, MAKA TAK BERKIRA, JIKA BERKIRA, MAKA BERKIRA….KARMA adalah undang-undang yang telah di tetapkan…Renung kan lah…..maka itu tuhan jadikan semua nya ada lawan…Bukit lawan nya dataran, miskin lawan nya kaya dan seterus nya…
Dari Meja : Dr. ZULKIFLI ALIAS
– Si te gustó el artÃculo, deja una marca social (usando el botón “Compártelo” aquà abajo) y enseñaselo al mundo. Todos te lo agradecerán, ¡No lo dudes! –
Si este artÃculo te parece interesante, prueba estos otros...
Apoyamos a Ron Paul como alternativa al Nuevo Orden Mundial by Prophet on July 3rd, 2008
por L.
Evolución by Prophet on May 6th, 2008
Crecer es dejar atrás algo a lo cual estuvimos apegados y de lo cual nos cuesta desprendernos,
es atrevernos una vez más y estar dispuestos a ser diferentes de lo que fuimos ayer,
es desarrollarnos y evolucionar desde adentro.
Encuentra el camino a casa by Prophet on May 29th, 2008
Encontrar el camino a casa.






Comenta esta entrada